free bootstrap templates

Tips Cara Mulakan Bisnes Homestay

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memulakan bisnes homestay. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman kami yang telah menjalankan bisnes ini sejak tahun 2013. Mungkin pengusaha homestay lain mempunyai tips yang berlainan kerana sudah tentu setiap pengusaha mempunyai pengalaman yang tersendiri. 

Tips 1 : Lokasi Homestay
Lokasi homestay ini penting untuk tentukan siapa bakal tetamu anda. Sekiranya lokasi homestay adalah di tepi pantai, insyaaAllah ada permintaan semasa musim cuti sekolah. Sekiranya lokasi homestay berhampiran atau di dalam bandar, besar kemungkinan tetamu yang datang menginap homestay atas urusan kerja. Sekiranya ada institut pengajian tinggi berhampiran, pasti tetamu yang datang menginap atas urusan pendaftaran anak.

Tips 2 : Bajet
Berapa banyak modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes homestay? Ianya terpulang pada anda. Jenis homestay macam mana yang hendak disediakan. Sama ada hendak guna perabot baru atau perabut second hand; jenis kemudahan apa yang hendak disediakan untuk tetamu anda; semua bilik hendak diletakkan aircond; hendak diletakkan water heater dalam bilik air? Ianya terpulang pada anda. Anda yang tentukan berapa modal yang hendak disediakan.

Tips 3 : Penentuan Kadar Sewa
Bahagian ini anda perlu buat sedikit tugasan dan kajian. Ianya perlu supaya kadar sewa yang bakal ditetapkan tidaklah terlalu tinggi sehingga tidak ada yang sudi menyewa dan tidak pula terlalu rendah sehinggakan tidak berbaloi dengan tenaga dan masa yang diluangkan untuk mengurus homestay. Cara kami menentukan kadar sewa adalah dengan menyenaraikan semua homestay yang ada di sekitar kawasan dengan mencatat kemudahan yang disediakan dan kadar sewa yang ditetapkan oleh setiap pengusaha homestay. Dengan cara ini, mudah bagi anda untuk menentukan kadar sewa dengan kemudahan yang disediakan di homestay anda. Follow the market price. 

Tips 4 : Rangkaian


Tips 5 : Boleh Dicari Secara Online

Tips 6 : 

© Copyright 2013~2018 The Terrace Homestay Kuantan - All Rights Reserved