free html5 templates

Bisnes Homestay Bisnes Berjemaah

Pada mulanya kami tidak perasan pun yang bisnes homestay ini adalah bisnes berjemaah. Ianya bermula ketika kami baru sahaja melancarkan bisnes ini pada September 2013. Walaupun website dan Facebook Page sudah dibuat, tetapi memakan masa juga untuk ianya keluar dalam carian Google.

"Ayang, cuba contact Anis. Diakan ada homestay. Kita JV dengan dia. Kalau homestay dia dah penuh, minta dia pass contact kat kita. Lepas tu kita kasilah komisyen kat dia", suami melemparkan idea.

Itulah yang kami buat untuk beberapa bulan. Apabila homestay kami sudah mula terima tempahan sendiri, kami pula pass contact guest kepada kawan saya sekiranya homestaynya masih kosong. 

Selang beberapa bulan, kami dijemput masuk ke dalam group whatsapp pengusaha homestay Bandar Indera Mahkota Kuantan. Ketika itu barulah kami sedar bahawa bisnes homestay tidak boleh bergerak bersendirian. Kita perlukan rangkaian dan komuniti di kalangan pengusaha homestay untuk terus releven dalam bisnes ini. 

Terutama ketika waktu puncak yang mana permintaan homestay seperti goreng pisang panas. Semasa itu, ramailah di kalangan ahli group pengusaha homestay menggunakan skrip di bawah...

"Siapa ada kosong tarikh 15-18 Ogos? PM saya"

"Siapa kosong malam esok? Nak bajet RM150. Dekat dengan stadium".

"Siapa lagi kosong malam ni? Senyap je semua. Semua dah penuh ke?"

Homestay sesiapa yang sudah penuh pada tarikh tersebut, akan salurkan prospek kepada rakan-rakan pengusaha homestay yang lain untuk close sale. Ini dinamakan kongsi rezeki.

Selain dari itu, ramai juga yang mencari homestay sebagai penginapan alternatif terutamanya ketika mereka bergerak dalam satu rombongan. Hendak tempah hotel sudah tentu lagi mahal sebab banyak bilik diperlukan. Maka mulalah skrip seperti di bawah muncul dalam group whatsapp pengusaha homestay...

"Siapa ada homestay di IM15? Nak 3 biji untuk 15-18 Ogos. PM saya"

"Ada guest nak 4 biji homestay dekat2. Siapa ada? Nak untuk esok."

"Siapa ada homestay area IM2? Nak lagi 2 biji. PM saya"

Inilah yang dikatakan bisnes berjemaah.

Tetapi ada juga masa-masanya group whatsapp kami sunyi sepi. krik... krik... krik... kerana tidak ada tempahan langsung pada minggu atau bulan tersebut. 

Share this page

© Copyright 2013~2018 The Terrace Homestay Kuantan - All Rights Reserved